Tuesday 8 November 2011

ISU PELAJARAN JAWI DAN PERMASALAHANNYA



ISU JAWI DAN PERMASALAHANNYA

HURUF-HURUF JAWI YANG TIDAK BERSAMBUNG

ABSTRAK
Jawi adalah merupakan satu bidang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang wajib dipelajari oleh setiap murid muslim di peringkat rendah . Namun adalah menjadi masalah kepada murid dalam menguasai kemahiran penulisan dan pembacaan Jawi. Murid lemah dan keliru dalam mengesan huruf-huruf yang bersambung dalam membentuk perkataan. Oleh yang demikian, satu kajian telah dijalankan untuk mengatasi masalah tersebut .
Saya telah jalankan kajian ini kepada kumpulan sasaran saya, iaitu murid tahun 2 Perdana dari SK Kota Aur, Sik, Kedah seramai 24 orang. Majoriti kumpulan ini adalah lemah dalam Jawi  dan Al-Quran. Namun, merekalah pemberi semangat kepada saya untuk berinovatif.

Guru telah memfokuskan kajian kepada huruf-huruf Jawi tidak bersambung selepasnya., Berfokuskan kepada masalah tersebut guru telah  membentuk satu formula iaitu “ DAVA  RAWAT  A2Z  : DAL-VA-RA’-WAU-TA  MARBUTAH -ALIF-ZAL-ZAI( 2 Z). Guru telah menjelaskan kepada murid bahawa, apabila hendak menyambung  sesuatu huruf, ingatlah DAVA  RAWAT  A2Z .

Berdasarkan kepada formula tersebut, guru telah menjalankan tiga aktiviti untuk membolehkan murid mengingat formula dan dapat mengatasi masalah penguasaan Jawi, iaitu :
1.    Murid menyebut huruf - huruf yang ditunjukkan oleh guru berulangkali  secara individu,kumpulan dan kelas berulang kali.
2.    Murid menghafal formula secara berintonasi , samaada intonasi ayat Tanya atau intonasi ayat penyata.Mereka akan menyebut kepada guru setelah diminta berbuat demikian.
3.    Penilaian / Ujian bertulis . Penilaian dilakukan untuk menguji samaada mereka dapat menyambung huruf atau sebaliknya dengan diberi sepuluh soalan berbentuk subjektif yang pernah dijawab ketika ujian pra..

Hasil dari tiga aktiviti yang dijalankan, didapati ramai murid dapat menguasai kemahiran Jawi. Mereka dapat menulis dan membaca Jawi dengan agak baik.Perbandingan keputusan sebelum dan selepas aktiviti dijalankan amat memberansangkan.Seramai 23/ 24 orang murid mempunyai peningkatan selepas ujian Pasca dijalankan.

Walaupun pelbagai cabaran telah dihadapi oleh guru untuk membolehkan murid mengingat  DAVA  RAWAT  A2Z tetapi saya berasa cukup berpuas hati kerana tindakan inovatif yang telah diambil oleh guru telah Berjaya dengan peningkatan pencapaian murid.Hanya  seorang murid sahaja , iaitu murid KIA yang  mampu menyebut dengan bantuan guru. 

  1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Pelajaran Pendidikan Islam adalah merupakan salah satu matapelajaran yang wajib dipelajari oleh setiap murid Muslim di peringkat sekolah rendah.Manakala Pelajaran Jawi adalah salah satu bidang dalam Pendidikan Islam,malah buku teks juga ditulis dengan tulisan jawi. Menyedari hakikat ini, semestinya setiap murid  perlu menguasai pelajaran Jawi , iaitu mereka dapat membaca dan menulis Jawi dengan baik.
Dalam menguasai pembacaan Jawi, murid-murid mempunyai masalah untuk mengenal huruf apabila bersambung, manakala dalam penulisan Jawi pula mereka bermasalah untuk menyambung huruf-huruf dalam membentuk perkataan , Masalah ini mungkin wujud walaupun mereka mahir dalam mengenal huruf tunggal Jawi mahupun huruf-huruf Hijaiyyah ( al-Quran ). Keadaan ini akan menyebabkan mereka sukar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan mengikuti pengajaran di dalam bilik darjah serta bermasalah untuk  menduduki peperiksaan dan ujian secara bertulis.
Masalah kurangnya penguasaan jawi di kalangan murid adalah berpunca dari kurangnya penekanan dan kesedaran daripada pihak penjaga . Ibubapa dan penjaga kurang  menghiraukan anak-anak sekiranya mereka gagal dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Jawi.Keadaan ini menyebabkan murid kurang memberi penekanan kepada Jawi.
Selain itu, sikap murid sendiri yang kurang berminat dengan matapelajaran Jawi dan Pendidikan Islam. Keadaan ini berlaku kerana mereka menganggap bahawa pelajaran berkenaan tidak dinilai dalam peperiksaan –peperiksaan dan mereka mengambil sikap sambil lewa dalam mengikuti pelajaran tersebut.
Justeru, saya telah mencuba mencari jalan penyelesaian demi memantapkan penguasaan jawi di kalangan mereka, sekaligus menjadikan mereka murid yang pintar dan cekap Jawi.

  1. FOKUS KAJIAN/ISU KEPRIHATINAN
Kajian ini adalah menjurus kepada kaedah menyambung huruf-huruf jawi dan al-Quran di kalangan murid.Ini  disebabkan murid-murid saya adalah terdiri daripada murid-murid tahun dua yang kebanyakannya tidak dapat menyambung huruf-huruf dengan betul.Melalui kajian yang dijalankan ini telah dapat menambahkan kemahiran serta kefahaman murid tentang cara memindahkan maklumat yang betul . Aktiviti yang dijalankan dapat menambahkan pencapaian kumpulan sasaran dalam ujian bulanan, peperiksaan penggal dan peperiksaan akhir tahun.

  1. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum:
i.              Dapat meningkatkan penguasaan Jawi di kalangan murid sebaiknya.
ii.             Dapat menambahkan minat dan pencapaian murid dalam pelajaran Jawi.
iii.            Dapat memperbaiki kualiti pengajaran guru.

Objektif Khusus:
i.              Murid-murid dapat menyebut huruf-huruf yang boleh disambung selepasnya dengan baik.
ii.             Murid-murid dapat menyenaraikan huruf-huruf yang boleh disambung selepasnya dengan baik.
iii.            Murid-murid dapat menyambung huruf-huruf Jawi menjadi perkataan dengan betul.
iv.           Dapat membantu guru mengenalpasti masalah pembelajaran murid.
v.            Dapat membantu guru mengatasi masalah pembelajaran murid.

  1. KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada murid-murid Tahun Dua Perdana. Jumlah murid ialah seramai 24 orang sahaja. Mereka terdiri daripada  12 orang lelaki dan 12 orang perempuan.Walaupun bilangan murid agak kecil, namun julat pencapaian murid sangat ketara. Kesemua mereka terpilih untuk menjadi responden bagi membantu guru memperbaiki strategi pengajaran dan membantu murid menguasai kemahiran jawi sepenuhnya. Terdapat seorang murid KIA dalam kumpulan sasaran ini. Jadual 1 menunjukkan jumlah responden yang terlibat.

Graf 1



Responden yang terlibat mengikut jantina dan kumpulan murid
Kumpulan murid mengikut jantina
Jantina
Lemah
Sederhana
Cemerlang
Jumlah
Lelaki
3 orang
6 orang
3 orang
12 orang
Perempuan
1 orang
7 orang
4 orang
12 orang

  1. PELAKSANAAN  KAJIAN

5.1Tinjauan Masalah
Masalah murid dapat dikenalpasti melalui beberapa kaedah:
a)    Soal jawab di dalam bilik darjah telah banyak membantu guru dalam mengesan murid lemah dalam penguasaan jawi.
b)    Pemerhatian dari buku latihan dan buku aktiviti murid telah menampakkan mereka lemah Jawi.
c)    Pertandingan membaca teks dan petikan Jawi di dalam bilik darjah. Kegagalan murid membaca dengan lancar juga telah menguatkan lagi bukti lemahnya murid dengan Jawi.
d)    Analisa Ujian PKBS 1 menunjukkan  Tulisan Jawi menjadi punca murid mendapat markah rendah dalam Pendidikan Islam.


    5.2   Analisis Tinjauan Masalah
Jadual menunjukkan pencapaian murid sebelum dan selepas formula
 DAVA RAWAT A2Z diperkenalkan
BIL
NAMA
MARKAH SEBELUM
MARKAH SELEPAS
1
M.RIEZMAN HAFIZ
5
7
2
M.IRFAN
4
8
3
M.EKHMAL
7
10
4
M.TARMIZI
7
8
5
M.QAYYUM
1
6
6
M.FAHIM AZIM
4
7
7
M.NUR NAJMI
2
4
8
M.FAIZ
10
10
9
M.AIMAN HAQEM
1
4
10
M.AMSYAR HASIF
1
9
11
M.AMIR
0
3
12
M.NAJMI
3
7
13
YASMIN BAITI
10
10
14
ZULAIKHA
5
10
15
SITI AISYAH
4
9
16
NUR AISYAH SYAZWANI
7
9
17
NUR SYARAFINA
9
10
18
NUR DINI ZULAIKHA
2
5
19
SITI MARIAM
9
10
20
ATHIRAH
10
10
21
NURUL ANIS ADILLA
0
3
22
SITI NUR SYAZIRA
8
10
23
NUR NAJWA AFIQAH
7
10
*24
NURUL FASEHAH
0
0
·         Murid KIA

Graf 2


Carta menunjukkan pencapaian murid sebelum dan selepas formula DAVA RAWAT A2Z diperkenalkan
5.3 Tindakan yang dijalankan
Aktiviti 1:Menyebut Huruf : DAL VA  RA WAU TA  ALIF ZAL ZAI  -Kad Huruf

Guru telah menunjukkan kad huruf setiap huruf-huruf yang tidak bersambung .Guru telah menyuruh murid menyebut huruf dengan mengikut sebutan guru mengikut kumpulan jantina setiap kumpulan berulang kali. Guru juga  telah meminta beberapa orang murid mengetuai murid -murid yang lain untuk menyebut huruf demi huruf yang ditunjukkan secara bergilir.Di samping itu, beberapa orang murid telah dipilih untuk mempamerkan kad huruf ,manakala murid-murid yang lain akan menyebut huruf-huruf yang dipamerkan berulang kali.Guru juga menerangkan bahawa huruf-huruf yang disebutkan itu adalah merupakan huruf yang tidak boleh disambung selepasnya.


Guru menunjukkan kad huruf untuk disebut oleh murid

Murid-murid menyebut huruf-huruf  secara bergilir

Pemerhatian Aktiviti 1:
Murid-murid memberi respon yang sangat baik untuk menjadi ketua semasa menyebut huruf-huruf. Mereka aktif mengangkat tangan untuk  mengambil bahagian sebagai ketua dalam menyebut huruf yang dipamerkan.Manakala murid lain turut menyebut huruf-huruf yang disebut oleh ketua dengan baik.


Refleksi Aktiviti 1:
Semua murid dapat menyebut huruf-huruf yang ditunjukkan dengan baik.Guru dapati kaedah ini amat menyeronokkan murid dan berkesan.




Aktiviti 2:        Menghafal Formula : DAVA  RAWAT  A2Z

Guru telah menyebut  DAVA  RAWAT  A2Z  secara berintonasi, seolah-olah membaca satu ayat. Guru juga menerangkan maksud dan pengertian “DAVA  RAWAT  A2Z  ”,iaitu Da mewakili huruf dal, masing-masing huruf Va, Ra’,Wau,Ta’ marbutah, Alif dan dua( two ) Z membawa maksud Zal dan Zai.
Guru telah meminta setiap murid menghafal formula secara berintonasi.Setelah murid bersedia ,mereka diuji untuk menyebut formula seorang demi seorang.




Pemerhatian Aktiviti 2:

Murid-murid bersungguh-sungguh menghafal  DAVA  RAWAT  A2Z  secara berintonasi. Beberapa orang murid berdialog dengan rakan menggunakan formula ini dengan pelbagai intonasi,iaitu intonasi ayat tanya dan ayat penyata.Mereka begitu teruja dengan aktiviti ini.Keadaan agak riuh. Dengan mudah mereka telah dapat mengingat formula ini.
Refleksi Aktiviti 2:

Seramai 23 orang murid dapat menghafal DAVA  RAWAT  A2Z dengan baik dalam masa 2 minit sahaja,manakala seorang murid yang terdiri dari murid KIA telah mencuba sedaya upaya untuk menyebut formula, namun ia perlu dibantu oleh guru untuk menyebut  DAVA  RAWAT  A2Z .


Guru sedang membimbing seorang murid KIA untuk menyebut DAVA RAWAT A2Z



Aktiviti 3:        Penilaian / Ujian bertulis

Guru telah mengedarkan soalan bertulis yang mengandungi sepuluh soalan subjektif kepada 24 orang murid responden. Mereka dikehendaki menyambung huruf-huruf tunggal supaya menjadi perkataan yang ditulis dengan betul. Soalan bertulis itu pernah dijawab oleh mereka sebelum diperkenalkan formula.

Rujuk lampiran 1.

 
Guru sedang mengedarkan lembaran latihan untuk dijawab oleh murid

 
Murid-murid sedang tekun menjawab latihan yang diberi
Pemerhatian Aktiviti 3:

Beberapa orang murid tersenyum melihat kertas soalan yang diberi kerana soalan itu pernah dijawab oleh mereka. Namun pada murid yang sederhana dan lemah, mereka tidak menyedari bahawa soalan tersebut pernah dijawab oleh mereka. Pada keseluruhannya murid sangat tekun menjawab soalan-soalan yang diberi.Terdapat juga murid yang cuba untuk bertanya dan berbincang sesama mereka tentang soalan yang diberi.

Refleksi  Aktiviti 3:

Keseluruhan murid mempunyai kemajuan .Murid berasa bangga dengan penguasaan yang diperolehi.Seramai 23 daripada 24 orang murid telah menunjukkan perubahan berbanding sebelum didedahkan DAVA RAWAT A2Z.

Graf 3 menunjukkan murid yang mempunyai peningkatan dan tiada peningkatan

5.4Penilaian
Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pasca, didapati kajian tindakan yang dijalankan ini telah memberikan impak yang agak baik dalam membantu murid-murid meningkatkan penguasaan penulisan dan pembacaan jawi. Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan murid-murid dalam ujian PKBS 2.
Berikut adalah pencapaian dalam ujian sebelum dan selepas pendedahan.
BIL
NAMA
MARKAH SEBELUM
MARKAH SELEPAS
1
M.RIEZMAN HAFIZ
62
84
2
M.IRFAN
44
58
3
M.EKHMAL
48
59
4
M.TARMIZI
48
70
5
M.QAYYUM
44
50
6
M.FAHIM AZIM
78
90
7
M.NUR NAJMI
22
26
8
M.FAIZ
92
98
9
M.AIMAN HAQEM
56
61
10
M.AMSYAR HASIF
56
62
11
M.AMIR
76
80
12
M.NAJMI
85
94
13
YASMIN BAITI
87
92
14
ZULAIKHA
80
82
15
SITI AISYAH
78
84
16
NUR AISYAH SYAZWANI
54
80
17
NUR SYARAFINA
85
98
18
NUR DINI ZULAIKHA
60
63
19
SITI MARIAM
52
78
20
ATHIRAH
84
88
21
NURUL ANIS ADILLA
46
56
22
SITI NUR SYAZIRA
84
92
23
NUR NAJWA AFIQAH
80
88
*24
NURUL FASEHAH
14
20
·         Murid KIA

5.5Refleksi Kajian
Hasil daripada kajian yang telah dijalankan , guru mendapati bahawa formula DAVA RAWAT A2Z telah berjaya membantu meningkatkan keupayaan  murid dalam kemahiran membaca dan menulis Jawi . Saya berasa puas hati apabila usaha yang saya jalankan membuahkan hasil 100% terhadap sasaran saya. Murid juga telah cekap membaca dan menulis jawi ketika pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
  1. Cadangan untuk kajian seterusnya

Berdasarkan pencapaian murid setelah diperkenalkan formula DAVA RAWAT A2Z kepada responden begitu memberangsangkan, saya telah berbincang dengan guru-guru Pendidikan Agama Islam di sekolah saya untuk mengkaji pula bagaimana cara yang sesuai untuk menjadikan murid lancar membaca Jawi. Kami akan  merancang apakah pendekatan yang harus kami lakukan untuk mencapai matlamat tersebut.




  1. Rujukan

Zarina Binti Mahyuddin,Rasimah Binti Idrus,(2005).Pelajaran Jawi Tahun 2,DBP,Kuala Lumpur.

Matlob,(2003),Modul Cekap Jawi :Pandai Jawi Pandai Khat,Penerbitan Matlob,Kuala Lumpur.

Buku Tinta Dikara Masalah Pengajaran dan Pembelajaran oleh Jabatan Pelajaran Kedah dan Majlis Guru Cemerlang Kedah,Kedah.



11 comments:

  1. Assalamualaikum ustazah..nama saya khai.... saya minta izin untuk ambil sampel usatazah ni sebagai bahan kajian tindakan saya....

    ReplyDelete
  2. asssalamualaikum. saya aina dari sandakan sabah.
    izinkan saya menggunakan semple dari ustazah untuk bahan rujukan saya :) terima kasih

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ustazah. Izinkan saya menggunakan sample pengajaran ini untuk bahan rujukan

    ReplyDelete
  4. assalam. izinkan saya berkongsi ilmu berguna ini bersama murid kcj sekolah saya. syukran

    ReplyDelete
  5. .

    Bismillahir Rahmanir Rahim

    https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I

    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic". Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan.
    Sila layari laman: almawaddah.info
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
    Terima kasih.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,ustazah izinkan sy menggunakan sample ustazah sebagai bahan rujukan utk kajian tindakan sy..syukran jazilan..semoga Allah memberikan ganjaran yang baik buat ustazah dan keluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumùssalam alhamdulillah ..dipersilakan... andai sample ini memanfaatkan.. dipersilakan!

      Delete
  7. Assalamualaikum... Sy minta izin guna kajian tindakan ustazah yerr.. terima kasih

    ReplyDelete
  8. Assalam minta izin untuk gunakan tulisan ustazah sebagai bahan rujukan saya

    ReplyDelete
  9. Waalaikumussalam, silakan ustaz Dan ustazah.. semoga penulisan yg sedikit ini memanfaatkan Dan diberkati Allah

    ReplyDelete